Sewaktu anda dalam perjalanan ke Kampung Sungai Gatom, anda bakal menyaksikan pemandangan indah kawasan ladang kelapa sawit. Di tepi-tepi jalan, terhampar tanaman kelapa sawit yang baru diusahakan. Ditambah lagi dengan bentuk bukit bukau yang berbalam mencantikkan lagi panorama kawasan ladang tersebut. Di hujung bukit pula, terlihat pemandangan samar gunung-ganang yang menghiasi ruang mata. Habis sahaja pemandangan ladang kelapa sawit, berganti pula pemandangan ladang getah. Melihatkan deretan pokok getah yang ditanam mengikut susunan membuatkan mata anda terpaku seketika. Sekilas, mata anda akan terlihat beberapa penoreh getah yang sedang membanting tulang mencari rezeki. Sungguh, Negeri Johor kaya dengan khazanah alam.


Pertanian Pelancongan

Di dalam kawasan kampung ini, terdapat sebuah kebun buah-buahan organik yang diusahakan secara sendiri oleh Thian Seng. Beliau mula menceburi bidang tanaman organik ini tiga tahun yang lepas di kawasan tanah milik sendiri. Apa yang menariknya mengenai tanaman organik ini ialah ia menjadikan tanaman lebih subur dan sentiasa mengeluarkan buah sepanjang tahun.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja di kalangan orang setempat malahan ada juga pengunjung yang sanggup datang dari Singapura semata-mata untuk mendapatkan khasiat berendam di dalam kolam air panas semula jadi ini. Kandungan kualiti air di dalam kolam utama yang terdapat di sini ialah kalsium, kalium, sodium, klorida, sulfat dan fostat.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK