Belia Aktif Bersukan

B

elia merupakan golongan terpenting di dalam memastikan aspirasi kerajaan dalam melahirkan individu yang cemerlang, dan berketerampilan. Golongan ini merupakan pemangkin kepada kepimpinan yang sedia ada dan mereka seharusnya berusaha gigih untuk memastikan aspirasi kerajaan tercapai. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi belia di kampung ini. Walaupun bilangan mereka kecil, namun semangat yang ditonjolkan sangat memberangsangkan dalam menyambung pucuk pimpinan kampung.

 
Latihan bolasepak selalu diadakan di sebelah petang bertempat di padang bola Labis
 

Belia di kampung ini aktif di dalam pasukan kompang, marhaban, berzanji dan juga bacaan Yasin. Mereka sering memenuhi undangan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan dan kenduri. Selain itu, mereka juga akan turut sama bergotong royong apabila terdapat sebarang majlis yang dikendalikan oleh orang kampung. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat bergaul dan menimba ilmu dan pengalaman dengan golongan yang lebih tua.

 

  “Golongan ini merupakan pemangkin kepada kepimpinan yang sedia ada dan mereka seharusnya berusaha gigih untuk memastikan aspirasi kerajaan tercapai.”
   

 

Selain itu, belia di sini juga amat aktif di dalam aktiviti kesukanan seperti bermain bola sepak dan badminton. Hampir setiap petang mereka akan berkumpul dan beriadah bersama di padang bola berdekatan kampung dan juga bermain badminton di gelanggang yang disediakan. Selain dapat menyihatkan tubuh badan mereka juga dapat menjalinkan hubungan yang erat sesama belia. Di sinilah pusat untuk mereka sama-sama berbincang dan menyuarakan apa juga pendapat demi kebaikan bersama.

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK