Perpustakaan Sumber Ilmu Pengetahuan

K
Memo yang mengkehendaki pengunjung menjadi ahli sebelum menggunakan kemudahan yang ada

ampung Sungai Dua Besar tidak terkecuali mendapat perhatian Skim Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek yang dikendalikan hasil usaha sama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dan beberapa badan korporat ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyakat di bandar dan juga luar bandar. Sebuah perpustakaan desa telah dibina di Kampung Sungai Dua Besar bagi kemudahan penduduk kampung untuk mendapatkan sumber ilmu pengetahuan.

Perpustakaan Desa Masjid Kampung Sungai Dua Besar terletak bersebelahan dengan Masjid Kampung Sungai Dua Besar. Perpustakaan desa ini dikendalikan oleh seorang penyelaras perpustakaan dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perpustakaan, Mazni Abdul Malek merupakan anak jati Kampung Sungai Dua Besar yang telah berkhidmat di Perpustakaan Desa Masjid Sungai Dua Besar sejak tahun 2006 lagi. Perpustakaan ini turut menyediakan dua komputer yang dilengkapi dengan kemudahan Internet untuk kegunaan penduduk kampung.

Sudut untuk kanak-kanak turut disediakan

Selain peminjaman buku, aktiviti seperti pertandingan melukis dan bercerita turut diadakan di sini. Pihak sekolah turut mengadakan Kempen Bacaan di Perpustakaan Desa Masjid Sungai Dua Besar pada musim cuti persekolahan. Dianggarkan lebih kurang 5,000 buah buku terdapat di sini. Buku-buku ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti Karya Am, Sejarah, Sains Masyarakat dan sebagainya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK