“Dua Sungai Besar Yang Mengalir”
ama Kampung Sungai Dua Besar diambil bersempena dengan wujudnya dua batang sungai besar yang mengalir di dalam kawasan kampung suatu ketika dahulu. Namun kini, hanya sebatang sungai sahaja yang tinggal. Bukan itu sahaja, sungai yang satu ketika dahulu mengalir deras kini tidak ubah seperti sebuah parit kecil yang mengalir di dalam kawasan kampung. Kampung Sungai Dua Besar juga pernah menjadi tempat persembunyian penduduk Kuala Pilah semata-mata untuk mengelak ancaman daripada pihak komunis pada sekitar tahun 1940-an. Kawasan Kampung Sungai Dua Besar yang masih dikelilingi hutan tebal serta kedudukannya yang terpencil ketika itu, menjadi lokasi persembunyian yang strategik.
 |
| Sungai yang satu ketika dahulu sangat besar kini semakin mengecil |
|
Satu ketika dahulu sebahagian besar kawasan Kampung Sungai Dua Besar adalah sawah padi. Namun paras air yang semakin cetek menyebabkan penanaman padi tidak lagi sesuai dilakukan oleh penduduk kampung. Kini, Kampung Sungai Dua Besar telah jauh berubah. Selari dengan arus kemodenan tanah air, pelbagai kemajuan dan pembaharuan telah dilaksanakan di Kampung Sungai Dua Besar.
|