Menjunjung Adat
| "...berteraskan kepada nilai-nilai hidup masyarakat Melayu yang diwarisi zaman-berzaman. Adat Perpatih yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan tetap menjadi junjungan hingga ke hari ini." |
|
| |
|
umlah penduduk Kampung Sungai Dua Besar dianggarkan seramai 500 orang. Oleh kerana jalan raya merupakan sistem perhubungan utama masa kini, kebanyakan rumah dibina secara berderet di sepanjang jalan. Namun begitu, masih lagi terdapat segelintir penduduk yang tinggal secara bertaburan di seluruh kawasan kampung. Keseluruhan penduduk kampung yang mendiami Kampung Sungai Dua Besar adalah bangsa Melayu beragama Islam.
Kehidupan sosial masyarakat Kampung Sungai Dua Besar masih lagi berteraskan nilai-nilai hidup masyarakat Melayu yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Adat Perpatih yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan tetap menjadi junjungan hingga ke hari ini. Biarpun hidup dalam dunia globalisasi, perlantikan ketua-ketua mengikut Adat Perpatih tetap dilaksanakan. Sistem pelantikan anak buah, buapak, lembaga dan juga undang masih diteruskan di Kampung Sungai Dua Besar bagi meneruskan adat yang sekian lama kekal dalam sistem kehidupan mereka. Justeru, tidak hairanlah penduduk Kampung Sungai Dua Besar hidup dalam keadaan yang begitu aman dan harmoni.
| |
 |
| |
Acara keluarga sebegini sering diadakan
|
|
Hubungan silaturahim yang amat erat antara penduduk kampung membuktikan arus pemodenan bukanlah satu gelombang besar yang mampu meruntuhkan talian persaudaraan yang sekian lama diwujudkan. Amalan-amalan warisan seperti ziarah-menziarahi, kenduri kendera dan gotong-royong tetap diamalkan sehingga ke hari ini. Bukan itu sahaja, penduduk Kampung Sungai Dua Besar hidup ibarat satu keluarga. Semangat kejiranan yang ditunjukkan penduduk Kampung Sungai Dua Besar seharusnya menjadi contoh dan teladan buat penduduk-penduduk di ibu kota. |