Anjakan Paradigma Petani
| |
 |
| |
| Getah sekerap dikumpul setempat untuk dijual |
|
eadaan tanah yang subur dan keadaan ekosistem yang masih terpelihara menjadi faktor utama kepada kegiatan pertanian di Kampung Sungai Dua Besar. Oleh itu, tidak hairanlah jika penduduk kampung menjadikan sektor pertanian sebagai sumber utama dalam menjana ekonomi mereka. Sektor pertanian di Kampung Sungai Dua Besar lebih tertumpu kepada penanaman pokok getah. Harga getah yang semakin meningkat di pasaran dunia turut memberi kesan kepada kenaikan taraf hidup penduduk kampung. Justeru, tidak hairanlah jika ramai golongan muda yang kini kembali ke kampung halaman untuk turut sama membanting tulang mengusahakan ladang getah.
Dianggarkan seluas 100 hektar tanah di Kampung Sungai Dua Besar digunakan untuk penanaman pokok getah. Hasil getah buku yang diperoleh penduduk kampung akan dijual kepada peraih sebelum dihantar ke kilang untuk diproses. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah turut memberikan bantuan berupa baja dan khidmat nasihat bagi meringankan beban penduduk kampung.
Herba Misai Kucing
| |
 |
| |
| Ladang yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat |
|
Pada awalnya penanaman pokok herba mungkin sesuatu yang asing bagi penduduk Kampung Sungai Dua Besar. Namun sejak ia diperkenalkan kira-kira dua tahun lalu pertanian herba kini mula berkembang maju. Antara herba yang ditanam ialah Misai Kucing dan Pegaga. Misai Kucing yang dipercayai berkhasiat untuk membuang toksik dari badan kini dalam proses untuk dieksport ke Eropah. Pokok Misai Kucing yang ditanam akan dipetik daunnya sebelum dikeringkan dan diproses. Herba Misai Kucing akan dipaketkan dalam bentuk uncang teh sebelum dieksport. Batang-batang pokok Misai Kucing yang telah dibuang daunnya akan dikitarkan semula untuk dijadikan baja organik.
Pengusaha penanaman herba Misai Kucing Kampung Sungai Dua Besar kini hanya menunggu kelulusan dari Skim Organik Malaysia (SOM) untuk memasarkan produk mereka. Projek pertanian herba Kampung Sungai Dua Besar adalah salah satu usaha kerajaan untuk memantapkan sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global.
|