Pendidikan Sempurna Melahirkan Insan Berguna
ampung Sungai Dua Besar hanya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Besar. Sekolah ini hanya menempatkan pelajar darjah satu hingga ke darjah empat. Bagaimanapun menjelang sesi persekolahan tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Besar akan mula menempatkan pelajar darjah lima hingga darjah enam. Sebuah bangunan baru sedang rancak dibina bagi menampung pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak penduduk Kampung Sungai Dua Besar.
| |
 |
| |
| Murid-murid sekolah sedang tekun belajar |
|
Terdapat beberapa buah sekolah menengah yang terletak di Bandar Kuala Pilah dan kawasan berhampiran. Biarpun hidup secara tradisional, penduduk Kampung Sungai Dua Besar sentiasa mementingkan pendidikan agar anak-anak kampung berjaya dan menjadi insan yang berguna. |