Nasarudin, Lambang Usahawan Muda Yang Berjaya

A

ktiviti keusahawanan di Kampung Sungai Dua Besar hanya melibatkan segelintir penduduk. Di antara aktiviti keusahawanan yang terdapat di Kampung Sungai Dua Besar ialah perusahaan membaiki kereta. Perusahaan ini diusahakan oleh anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang automotif. Salah seorang anak muda yang terlibat dalam perusahaan ini ialah Nasarudin Mohd Sharif. Beliau yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang ini telah membuka bengkel kereta di Kampung Sungai Dua Besar sejak tiga tahun lalu. Pada awalnya beliau hanyalah seorang pekerja di salah sebuah bengkel kereta di Bandar Kuala Pilah, namun berkat usaha yang gigih serta dorongan penduduk kampung, beliau berjaya membuka perniagaan bengkel keretanya sendiri. Kini beliau telah menjadi salah seorang usahawan muda yang berjaya.

 
 
Bukan setakat kereta, malah motosikal turut dibaiki di sini

Dibantu oleh tiga orang pekerja yang terdiri daripada anak jati Kampung Sungai Dua Besar, bengkel kereta beliau kini menjadi tumpuan pelanggan sekitar Daerah Kuala Pilah. Perusahaan bengkel Nasarudin turut mendapat bantuan suntikan modal daripada Majlis Belia Daerah Kuala Pilah untuk memajukan lagi perusahaan yang dijalankan. Selain kereta, Beliau turut memiliki kemahiran membaiki motosikal.

Di samping itu, ada di kalangan penduduk yang terlibat dalam perusahaan kecil-kecilan seperti perniagaan kedai runcit dan kedai makan. Secara tidak langsung aktiviti perniagaan yang dijalankan dapat meningkatkan taraf hidup dan memantapkan ekonomi penduduk Kampung Sungai Dua Besar.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK