Antara Perubatan Moden Dan Tradisional

T
 
 
Limau nipis antara bahan terpenting dalam perubatan tradisional

erdapat sebuah klinik desa yang dibina oleh kerajaan tempatan di Kampung Sungai Dua Besar, iaitu Klinik Desa Sungai Dua Besar. Klinik Desa ini dikendalikan oleh seorang Jururawat Masyarakat yang berpengalaman. Doktor dari Hospital Daerah Kuala Pilah akan datang ke klinik desa pada setiap minggu bagi membantu masalah kesihatan yang dialami oleh penduduk kampung.

Selain perubatan moden, terdapat juga segelintir penduduk kampung yang masih lagi mengamalkan perubatan tradisional. Terdapat seorang dukun iaitu Haji Jamangin atau lebih dikenali sebagai “wak” di kalangan penduduk berkebolehan mengubat pesakit menggunakan kaedah tradisional. Pak Husin Akar Kayu juga mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan tradisional menggunakan akar kayu. Beliau yang terkenal di seluruh Negeri Sembilan mampu mengenal pasti sehingga 50 jenis akar kayu. Akar-akar kayu yang disediakan oleh Pak Husin dipercayai mujarab untuk pesakit ketumbuhan dalam rahim, migrain, batu karang dan darah tinggi.

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK