Skim Pengawasan Kejiranan Memastikan Keharmonian
| "...penduduk kampung turut bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan kemakmuran penduduk kampung." |
|
| |
|
ecara amnya soal keselamatan di Kampung Sungai Dua Besar terletak di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai polis yang paling hampir dengan kawasan Kampung Sungai Dua Besar ialah Balai Polis Daerah Kuala Pilah yang terletak kira-kira enam kilometer dari kawasan kampung. Biarpun begitu, penduduk kampung turut bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan kemakmuran penduduk kampung. Sebuah pertubuhan yang dikenali dengan nama Skim Pengawasan Kejiranan telah ditubuhkan hasil kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan Balai Polis Daerah Kuala Pilah untuk memastikan keamanan dan keharmonian kampung dikekalkan. Di bawah skim ini, setiap penduduk kampung bersama-sama berganding bahu dalam mencegah dan juga membasmi gejala tidak sihat daripada menular di kalangan penduduk terutama golongan belia kampung.
|