Kemudahan Perhubungan

S

ecara amnya, kemudahan asas di Kampung Sungai Dua Besar amat membanggakan. Walaupun terletak di kawasan hutan yang menghijau, kemudahan prasarana yang disediakan kerajaan membolehkan penduduk kampung hidup dalam keadaan yang selesa. Keseluruhan penduduk Kampung Sungai Dua Besar kini memperoleh bekalan elektrik dan juga bekalan air bersih.

 
 
Hentian menunggu bas untuk pekerja dan murid-murid sekolah

Kemudahan infrastruktur seperti balai raya, masjid, surau, dewan orang ramai, padang permainan kanak-kanak, pondok telefon awam dan perpustakaan desa membuktikan keprihatinan pihak kerajaan dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Sistem jalan raya yang efisien juga memudahkan setiap penduduk untuk menuju ke destinasi diingini. Jika diamati, hampir setiap jalan yang menuju ke rumah penduduk Kampung Sungai Dua Besar telah berturap tar. Jalan-jalan kecil menuju ke kebun atau ladang getah juga berturap cantik. Pendek kata, seluruh penduduk Kampung Sungai Dua Besar kini mampu mengecap kemodenan serta kemudahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK