“Penganan” Mengeratkan Silaturahim
| “Penganan menggunakan ramuan istimewa, iaitu campuran gula kabung, tepung beras, tepung pulut dan santan kelapa” |
|
| |
|
ampung Sungai Dua Besar yang terletak dalam Daerah Kuala Pilah mempunyai 11 buah mukim. Setiap mukim ditadbir oleh seorang penghulu yang dilantik oleh kerajaan. Manakala kampung-kampung kecil yang terdapat di setiap mukim akan diketuai oleh seorang ketua kampung ataupun Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). Kampung Sungai Dua Besar dikelilingi oleh beberapa buah kampung lain iaitu Kampung Remang Panas, Kampung Sungkap dan Kampung Tanjung Pauh. Hubungan kekeluargaan di antara setiap kampung meneguhkan lagi perpaduan masyarakat di kalangan penduduk kampung.
| |
 |
| |
| Bekerjasama mengacau dodol |
|
Pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sering dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah pembuatan kuih tradisional seperti dodol ataupun lebih dikenali sebagai “penganan” di kalangan penduduk setempat. Dodol yang dihasilkan akan dibahagikan sesama penduduk kampung. Malah turut dijadikan sebagai ‘buah tangan’ kepada pengunjung yang datang ke sini. Dodol atau “penganan” yang dihasilkan oleh masyarakat di Kampung Sungai Dua Besar menggunakan ramuan istimewa iaitu campuran sejenis gula kabung, tepung beras, tepung pulut dan santan kelapa. Justeru, tidak hairanlah rasa dodol yang dihasilkan di Kampung Sungai Dua Besar amat berbeza berbanding dodol yang dihasilkan di kawasan lain. Aktiviti membuat dodol ini adalah salah satu usaha JKKK dalam mengeratkan talian persaudaraan antara penduduk kampung.
Di samping itu, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang diadakan melibatkan penduduk Kampung Sungai Dua Besar dan penduduk di kawasan sekitar antaranya acara sukaneka, pertandingan bola sepak, Program Mesra Rakyat, gotong-royong dan Pesta Sukan Komuniti. Aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti kumpulan kompang, Tilawah Al-Quran dan permainan tradisional turut dianjurkan.
|