Sentiasa Bergerak Aktif
| |
 |
| |
| Kapten (B) sedang menceritakan sejarah Kampung tercinta |
|
ecara umumnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan bagi membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. JKKK turut membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan terutama dalam membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar.
YB Dato Haji Ismail Lasim merupakan Penaung JKKK Kampung Sungai Dua Besar, manakala Pengerusi JKKK ialah Kapten (B) Ahmad Udin dan dibantu oleh beberapa biro, seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan. Sikap kepimpinan yang ada dalam diri Pengerusi JKKK Kampung Sungai Dua Besar menjadi salah satu faktor utama JKKK Kampung Sungai Dua Besar bergerak aktif setiap masa. Antara projek-projek kecil yang berjaya dilaksanakan hasil usaha JKKK adalah projek naik taraf jalan raya, projek membaiki sistem perparitan dan projek-projek kecil yang lain.
|