100 Hektar Tanah Untuk Tanaman Pokok Getah
ebahagian besar penduduk Kampung Sungai Dua Besar menjadikan pertanian sebagai sumber utama dalam menjana ekonomi. Satu ketika dahulu padi merupakan pertanian utama bagi penduduk Kampung Sungai Dua Besar. Namun kini, sebahagian besar penduduk kampung bekerja sebagai penoreh getah. Terdapat lebih kurang 100 hektar tanah di Kampung Sungai Dua Besar digunakan untuk penanaman pokok getah.
| |
 |
| |
| Kenaikan harga getah beku di pasaran melegakan penduduk |
|
Ada sebilangan kecil penduduk kampung yang bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Antara tanaman yang diusahakan ialah timun, petola dan serai. Kegiatan bercucuk tanam ini bukanlah bagi tujuan komersial. Di samping itu, ada segelintir penduduk yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan runcit dan kedai makan bagi menyara kehidupan seharian. Perusahaan-perusahaan kecil seperti bengkel motosikal dan penternakan ikan air tawar turut menjadi tunjang ekonomi masyarakat Kampung Sungai Dua Besar.
|