Pokok Misai Kucing merupakan sejenis tumbuhan berbunga dan sering dijadikan sebagai perhiasan. Kini, pokok herba ini telah dijadikan sebagai salah satu kegiatan pertanian oleh penduduk Kampung Sungai Dua Besar. Keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daunnya boleh digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Ini kerana daunnya yang sudah dikeringkan bersifat diuretik boleh membantu menyingkirkan asid urik berlebihan dalam badan. Batang-batang pokok Misai Kucing yang telah dibuang daunnya boleh dikitar semula sebagai baja organik.

Pengusaha penanaman herba Kampung Sungai Dua Besar kini hanya menunggu kelulusan dari Skim Organik Malaysia (SOM) untuk memasarkan produk herba mereka. Projek Pertanian Herba Kampung Sungai Dua Besar adalah salah satu usaha kerajaan untuk memantapkan sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global.


Kampung–Kampung Sekitar Usahawan

Di antara aktiviti yang sering diadakan ialah aktiviti membuat kuih tradisional seperti dodol atau lebih dikenali sebagai “penganan” di kalangan penduduk setempat. Dodol yang dihasilkan akan dibahagikan sesama penduduk kampung atau dijadikan sebagai ‘buah tangan’ kepada pengunjung yang berkunjung ke mari.

Di antara aktiviti keusahawanan yang terdapat di Kampung Sungai Dua Besar ialah perusahaan bengkel kereta. Perusahaan bengkel kereta ini diusahakan oleh anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang automotif. Salah seorang anak muda yang terlibat dalam perusahaan ini ialah Nasarudin Mohd Sharif. Beliau yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang ini telah membuka bengkel kereta di Kampung Sungai Dua Besar sejak tiga tahun yang lalu.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK