Belia Pelapis Generasi

S
"Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat"  
   

elaras dengan prinsip kerajaan yang ingin melahirkan belia yang berketerampilan dan berakhlak mulia, pelbagai aktiviti membabitkan mereka sering diadakan. Aktiviti belia Kampung Sungai Dua Besar dipantau oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan JKKK Kampung Sungai Dua Besar. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan khas untuk golongan belia Kampung Sungai Dua Besar adalah pertandingan sepak raga, bola sepak dan badminton. Ada juga aktiviti sukaneka seperti tarik tali dan lari dalam guni dianjurkan.

 
 
Walaupun dunia semakin moden namun budaya tetap tidak dipinggirkan

Pergerakan Belia 4B Cawangan Sungai Dua Besar yang ditubuhkan pada 1 Januari 2004 turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk golongan belia di sini. Antaranya, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan melibatkan diri dalam Kembara Jalur Gemilang 2004. Diterajui oleh Kapten Bersara (B) Ahmad Udin, pergerakan belia ini dianggotai oleh kira-kira 80 ahli.

Usaha JKKK dan Pergerakan Belia 4B dalam melaksanakan pelbagai aktiviti untuk golongan belia sewajarnya diberikan pujian. Ini kerana penduduk Kampung Sungai Dua Besar sedar bahawa golongan belia merupakan pelapis generasi akan datang. Gejala-gejala negatif seperti menagih dadah, melepak dan juga mencuri dapat ditangani dengan baik oleh penduduk Kampung Sungai Dua Besar. Oleh demikian, tidak hairanlah kiranya Kampung Sungai Dua Besar mampu melahirkan generasi yang berilmu dan berbudi pekerti satu hari nanti.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK