Perpustakaan Desa Spang Loi

Keseronokan Melayari Internet

P

erpustakaan Desa Spang Loi telah ditubuhkan pada tahun 1997 di tapak bangunan pengumpulan getah. Inisiatif yang diambil untuk menyediakan sebuah pusat ilmu dan medan perkembangan minda warga kampung diselaraskan seiring dengan penubuhan perpustakaan ini. Ia telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr Abdul Latif Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa, Kebudayaan Belia dan Sukan Johor pada ketika itu. Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) juga dilancarkan di sini untuk merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar.

 
Minat membaca diterapkan sejak kecil lagi
 

Kemudahan komputer dan talian internet yang disediakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi digunakan sepenuhnya oleh penduduk di sini. Mereka bukan hanya menggunakan talian internet untuk mendapatkan maklumat tambahan, tetapi turut belajar cara-cara menggunakan aplikasi komputer dengan betul. Ternyata keseronokan melayari internet membuatkan generasi ini sentiasa mengunjungi perpustakaan. Talian internet di sini menggunakan Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Perpustakaan ini dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang dan ditutup pada hari Ahad. Namun, ada juga di antara pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat daripada internet pada waktu malam dan hanya perlu menghubungi pegawai perpustakaan yang bertugas untuk membukanya. Diharapkan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ini dapat membantu warga kampung mendapatkan pendedahan tentang kepentingan teknologi maklumat dan aplikasinya dalam kehidupan seharian.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK