Kisah Pokok Spang Dan Peneroka Ah Loi

 
 
JKKK sedang bercerita tentang sejarah yang terdapat di sini
B

erdasarkan cerita Haji Ahmad Haji Hussein, asal-usul nama kampung berdasarkan gabungan nama dari pokok “Spang” yang banyak terdapat pada awal pembukaan kampung dan “Ah Loi” seorang peneroka Cina yang membuka penempatan di sini. Di situlah terbitnya nama Kampung Spang Loi sehingga kini. Pada waktu itu, kampung ini dipenuhi dengan tanaman getah dan terdapat Estet Donlok yang kaya dengan tanaman getah berdekatan dengan kawasan kampung.

Menurut beliau lagi, pada peringkat awal pembukaan kampung, komunis masih berleluasa di Tanah Melayu. Penduduk kampung dikawal dengan ketat oleh pihak berkuasa dan tidak boleh keluar rumah selepas jam 6.00 petang. Terdapat pagar kawat besi yang dipasang di keliling kawasan kampung untuk menjaga keselamatan penduduk. Pada waktu itu, mereka juga terpaksa makan ubi kayu dan keledek kerana beras sangat sukar untuk didapati. Peristiwa dihimpit kesusahan tersebut masih lagi tersemat di hati warga tua di kampung ini. Oleh itu, mereka amat mementing permuafakatan dan penyatuan masyarakat di kampung ini terutamanya orang Melayu.

“…asal usul nama kampung ini ialah gabungan nama dari pokok “Spang” yang banyak terdapat pada awal pembukaan kampung dan “Ah Loi” seorang peneroka Cina yang membuka penempatan di sini.”

 
   

Pada ketika itu, penduduk juga bergantung hidup untuk mendapatkan bekalan air bersih dari perigi yang dibina di tepi kawasan rumah. Sehingga kini, hanya tinggal sebuah perigi lama di kampung ini yang digunakan untuk menyiram pokok dan tanaman.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK