Pemimpin Pelapis

P

opulasi penduduk di Kampung Spang Loi dianggarkan kira-kira 750 orang. Bilangan penduduk yang agak kecil ini ialah hasil daripada penstrukturan semula kampung pada tahun 1950-an. Sebelum itu, mereka tinggal di tebing Sungai Muar, namun atas dasar keselamatan, pihak kerajaan telah memindahkan mereka ke kawasan yang lebih selamat. Majoriti kaum yang tinggal di sini ialah orang Melayu beragama Islam manakala di kawasan sempadan kampung, masih terdapat beberapa keluarga Cina yang menetap di sini.

 
Anak-anak kecil yang comel
 

Kebanyakan penduduk di kampung ini ialah generasi muda dan anak-anak kecil yang masih bersekolah dan remaja dari institusi pengajian tinggi. Kelompok generasi muda ini amat penting sebagai pewaris kepada kepimpinan kampung pada masa kini. Pendidikan sempurna dan jati diri yang kukuh amat dititikberatkan untuk melahirkan para pemimpin pelapis. Semangat bekerjasama, perkongsian ilmu dan pengalaman menjadi keutamaan kepada generasi tua dan muda di kampung ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK