Keuntungan Berlipat Kali Ganda

 
 
Hasil getah merupakan sumber rezeki bagi penoreh di sini
D

i dalam kampung ini, aktiviti tanaman getah dan kelapa sawit giat dilakukan oleh orang kampung. Keadaan tanah yang luas dan sesuai untuk tanaman ini juga sedikit sebanyak memberikan hasil yang menggalakkan. Penduduk di kampung ini lebih selesa mengerjakan ladang getah dan kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama.

Negara semakin pesat membangun dan peladang-peladang di kampung juga dapat mengaut keuntungan yang lumayan. Dianggarkan hasil tani yang diusahakan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan kerana peningkatan harga sawit dan getah di dalam pasaran semasa. Siapa sangka peladang di kampung ini juga mampu untuk mengecapi keselesaan hidup dengan bergantung kepada hasil tani sahaja.

“Dianggarkan hasil tani yang diusahakan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan kerana peningkatan harga sawit dan getah di dalam pasaran semasa.”

 
   

Namun, ada juga penduduk kampung yang memilih untuk menanam tanaman kontan seperti sayuran, ubi kayu dan keledek dalam skala yang kecil. Kesemua hasil tani yang diperoleh dijual kepada peraih dan dipasarkan di sekitar kampung serta pasar berdekatan.

Kaedah yang dijalankan oleh penduduk kampung dalam meningkatkan hasil tani mereka mengikut peredaran zaman dengan menggunakan peralatan yang agak canggih. Selain itu, bantuan peralatan dan khidmat nasihat yang berterusan dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga membantu mereka dalam menjalankan aktiviti pertanian dalam kaedah yang betul dan berkesan. Sebagai contoh, pihak RISDA pernah memberi bantuan tanaman semula pokok getah kepada petani di kampung ini. Bantuan sebanyak RM2,700 untuk seekar tanah dibayar secara berperingkat kepada mereka.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK