Selangkah Maju Ke Hadapan

D

ari sudut pendidikan, anak muda di kampung ini mendapat kemudahan pendidikan yang agak sempurna. Terdapat tadika, sekolah rendah dan sekolah agama di kampung ini manakala sekolah menengah pula terletak berdekatan di kampung sebelah. Kedudukan pusat ilmu yang ada di sini sangat strategik dan pelajar boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak ke sekolah kerana perkhidmatan bas sekolah ada disediakan.

 
 
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Spang Loi

Sekolah Kebangsaan Spang Loi ditubuhkan pada tahun 1952 sejajar dengan perkembangan Kampung Spang Loi. Sekolah ini telah banyak menabur bakti kepada penduduk setempat dalam memberikan peluang pendidikan yang lengkap dan sejajar dengan pembangunan modal insan generasi muda. Terdapat lebih kurang 11 orang guru mengajar di samping beberapa kakitangan sokongan yang sentiasa memastikan sekolah berada dalam keadaan yang baik. Pelajar yang menuntut di sini dianggarkan lebih kurang 80 orang pelajar sahaja.

Moto sekolah ini iaitu ‘Berilmu Berbakti’ sememangnya diterapkan dalam jiwa setiap pelajar di sini. Menurut Guru Besar, Cikgu Ramlee Ramlan pihak pengurusan sekolah sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai program seperti Program 15 minit, Bersamamu, Guru Bantulah Saya, ‘My Best Friend’ dan ‘Let Me Write’ untuk wadah pembangunan pendidikan pelajar. Sebagai contoh, Program 15 minit bertujuan untuk memantapkan kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bagi pelajar yang berpotensi, mereka sentiasa diingatkan untuk meneruskan kecemerlangan sekolah menerusi peperiksaan dan kegiatan ko-kurikulum.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK