Tapak perkhemahan

Perkhemahan Mendamaikan

B

agi mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak dan berkhemah, terdapat sebuah kawasan yang sesuai di kampung ini boleh dijadikan tapak perkhemahan. Tempat perkhemahan yang terdapat di kampung ini sering menjadi pilihan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk berkhemah atau berkursus. Selain kawasannya yang luas dengan permandangan mengasyikkan, kolam ikan menarik dan tenang membolehkan anda melupakan sebentar tekanan dari kesibukan kota.

Selain itu, kemudahan air bukit yang sejuk pastinya akan menyegarkan tubuh anda ketika mandi-manda di sini. Air bukit yang tidak tercemar ini boleh diminum dan masih terpelihara khasiatnya. Terdapat juga rumah tumpangan yang disediakan oleh pemilik tapak perkhemahan ini untuk kemudahan pengunjung. Jika anda bernasib baik, anda juga dapat menikmati buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan macam-macam lagi di sini.

 
Lokasi perkhemahan popular di kalangan pengunjung
 

Harga yang dikenakan untuk setiap perkhemahan dan perkhidmatan yang disediakan boleh dirunding dan pemilik tapak ini sentiasa menitikberatkan keselamatan sebagai jaminan kepada pengunjung. Anda pasti akan terkenang pengalaman yang dirasai di sini selepas pulang dan mungkin mengimpikan untuk datang kembali.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK