Kedamaian Kampung
|
“Kawasan kampung yang tenang dan mendamaikan ini juga pasti membuatkan anda ingin tinggal lebih lama di sini.” |
| |
|
erpustakaan Desa Spang Loi terletak tidak jauh dari kawasan Pekan Buloh Kasap. Walaupun perkampungan ini terletak agak jauh di pedalaman, anda mungkin tidak sedar kerana terleka dengan keasyikan pemandangan pepohon getah, kelapa sawit dan tanaman menghijau di sepanjang perjalanan. Keadaan muka bumi kampung yang subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman membuatkan orang kampung memilih untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama mereka.
Kira-kira 10 minit pemanduan dari Pekan Buloh Kasap, anda akan dapat melihat papan tanda kecil dan simpang masuk ke kampung ini. Sebelum sampai, terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan kampung sekitar dengan kampung ini. Kawasan kampung yang tenang lagi mendamaikan ini juga pasti membuatkan anda ingin tinggal lebih lama di sini.
Kampung Spang Loi terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap dan kawasan Parlimen Segamat. Jarak dari Pekan Segamat ke kampung ini dianggarkan lebih kurang 15 kilometer sahaja. Selain itu, jika anda melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), susur keluar terdekat ialah Tangkak. Kemudahan sistem perhubungan yang efisien membolehkan orang luar datang dan menyaksikan sendiri kedamaian kampung ini. |