Kepakaran Membaiki Motor

B

engkel membaiki dan menjual alat ganti motor yang terdapat di kampung ini diusahakan oleh Yuzaini Yahya, 34 tahun. Beliau telah mengusahakan bengkel ini sejak lebih empat tahun lalu. Pengalaman dalam membaiki motor lebih 20 tahun membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membuka bengkel motor di kampung sendiri. Anak muda yang bercita-cita besar ini ingin memberikan perkhidmatan kepada warga kampung supaya mereka tidak perlu bersusah payah ke pekan untuk membaiki motor.

 
Yuzaini Yahya sedang membaiki motorsikal pelanggannya
 

“Pengalaman dalam membaiki motor lebih 20 tahun membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membuka bengkel motor di kampung sendiri.”

 
   

 

Beliau juga boleh membaiki motor berkuasa besar dan menjual peralatan motor seperti tayar, bateri dan aksesori motor. Bekalan yang mencukupi di dalam bengkel juga membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dalam masa yang pantas. Pelanggan beliau bukan setakat di kalangan anak tempatan tetapi juga penduduk sekitar kampung. Dalam sehari, beliau membaiki lebih kurang 10 hingga 20 buah motosikal dan bayaran yang dikenakan amat berpatutan.

Perniagaan membaiki motor yang diusahakan menggunakan modal sendiri ini banyak membantu meningkatkan sumber pendapatan. Yuzaini berazam untuk mengembangkan perniagaannya dan berkongsi ilmu serta pengalaman dimiliki kepada anak muda yang berminat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK