Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati
linik Desa Spang Loi menawarkan khidmat rawatan untuk ibu mengandung, kanak-kanak dan kecederaan ringan serta luka-luka kecil. Terdapat dua orang Jururawat Masyarakat yang ditugaskan di klinik ini. Keramahan dan kecekapan mereka memberikan rawatan amat disenangi oleh penduduk setempat. Ada juga penduduk berhampiran yang datang ke sini untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. Namun, jika ada sebarang kecederaan atau kesakitan serius, pesakit akan dirujuk ke Hospital Segamat.
| |
 |
| |
| Persekitaran Klinik Desa Spang Loi |
|
Klinik ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan rawatan kepada penduduk tetapi turut menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang berbentuk kesihatan. Kempen kesedaran tentang bahaya kanser payudara sering dianjurkan oleh pihak klinik kepada golongan wanita. Mereka akan diajar mengenai cara-cara memeriksa tanda-tanda kanser tersebut. Selain itu, mereka juga turut bekerjasama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan tahap kesedaran murid sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
|