Keamanan Agenda Utama

D

i satu sudut kampung, tersergam indah Pondok Polis Spang Loi yang dibina untuk menjaga keselamatan penduduk kampung. Terdapat beberapa anggota polis yang ditugaskan secara bergilir di sini untuk menyelia dan memastikan kampung sentiasa berada dalam keadaan yang aman.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kes kecil seperti kecurian getah sekerap dan hasil sawit dialami oleh penduduk kampung. Tindakan pantas dalam menyiasat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk menunjukkan kecekapan anggota bertugas. Kes-kes aduan yang diterima akan segera dilaporkan kepada Balai Polis Batu Anam untuk siasatan lanjut.

 
Pondok Polis Spang Loi
 

Di kampung ini juga ditubuhkan Ikatan Pertubuhan Relawan Rakyat atau lebih dikenali sebagai RELA turut membantu menjaga keselamatan kampung. Bukan itu sahaja, RELA juga sering membantu bergotong-royong jika terdapat majlis kenduri perkahwinan atau majlis rasmi yang melibatkan pemimpin kerajaan.

Pihak RELA dengan kerjasama polis pernah menganjurkan Program Kem Ibadah Operasi bersama pelajar sekolah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membanteras jenayah. Program seperti ini sedikit sebanyak membantu dan memberi pendidikan secara tidak formal kepada anak-anak muda ini.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK