Kelengkapan Serba Sempurna
alaupun terletak agak jauh di pedalaman, kampung ini turut menikmati kemudahan asas yang serba lengkap. Kemudahan seperti air bersih dan elektrik adalah di tahap yang memuaskan untuk dinikmati oleh warga kampung. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh berkomunikasi melalui talian telefon tetap dan telefon bimbit dengan meluas. Kemudahan perhubungan melalui jalan raya yang berturap hampir ke seluruh kawasan kampung dinikmati. Kemudahan jambatan juga memberi keselesaan kepada penduduk untuk berulang-alik dari bandar ke kampung ini.
 |
|
| Masjid menjadi kesenangan buat umat Islam |
|
|
Kemudahan awam seperti masjid, sekolah, perpustakaan desa, klinik kesihatan, pondok polis, balai raya dan gelanggang badminton disediakan untuk kesenangan penduduk setempat. Apabila masuk waktu solat pula, penduduk akan berjemaah dan berkumpul bersama di masjid. Setiap kemudahan yang disediakan pastinya membuatkan penduduk senang dan selesa. Tugas mereka hanya perlu memastikan semua kemudahan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
|