Bertekad Membangunkan Kampung

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Spang Loi yang ditubuhkan amat komited dengan tugas mereka. Setiap ahli JKKK menanamkan azam dan bertekad untuk memajukan kampung dan meneruskan kecemerlangan kampung. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam membantu meningkatkan taraf hidup penduduk dan menjalinkan hubungan yang baik sesama insan. Selain itu, kerjasama erat dalam apa jua aktiviti dianjurkan oleh pihak JKKK merupakan suatu nilai murni yang diterapkan dalam jiwa masyarakat di sini.

 
 
Temu bual bersama JKKK Spang Loi

Terdapat beberapa biro yang diwujudkan di dalam jawatankuasa ini seperti Biro Ekonomi, Biro Agama, Biro Kebajikan dan Biro Pertanian bagi melancarkan program dan melaksanakan dasar yang telah dirancang. Jawatankuasa ini bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan kemajuan dan keselamatan kampung berada dalam keadaaan terkawal, tetapi mereka juga perlu menyelia setiap aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti gotong-royong membersihkan kampung dan kawasan perkuburan, sambutan Hari Kemerdekaan dan Maulidur Rasul serta kerjasama ketika majlis perkahwinan merupakan aktiviti yang wajib dilakukan oleh penduduk kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK