Pekerjaan Kampung Pilihan Utama
enduduk di kampung ini memilih untuk melakukan kerja kampung dalam menampung kehidupan seharian mereka. Kerja-kerja kampung seperti mengusahakan tanaman kelapa sawit, getah, tanaman kontan dan menternak lembu dan kambing serta menangkap ikan sungai merupakan kegiatan ekonomi yang sering dilakukan penduduk di kampung ini. Terdapat lebih kurang 400 hektar tanaman getah dan 900 hektar tanaman sawit yang diusahakan segelintir penduduk di kampung ini. Walaupun hanya bekerja kampung, mereka mampu meningkatkan taraf hidup memandangkan harga pasaran sawit dan getah kini semakin melonjak naik.
“…mereka mampu meningkatkan taraf hidup memandangkan harga pasaran sawit dan getah kini semakin melonjak naik.” |
|
| |
|
| |
 |
| |
| Getah sekerap selepas ditimbang |
|
Selain itu, tanaman kontan seperti sayur-sayuran, ubi kayu, keledek dan buah-buahan bermusim dalam skala yang kecil dan dipasarkan di kampung serta kawasan sekitarnya. Penternakan lembu dan kambing juga semakin mendapat permintaan yang tinggi sehingga pengusahanya tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan. Keenakan ikan sungai seperti ikan baung, ikan ubi dan ikan tapah amat popular di sini dan menjadi pilihan orang luar.
Ada juga di antara penduduk yang gemar membuka kedai runcit dan bengkel membaiki motor sebagai salah satu punca pendapatan sampingan. Menerusi aktiviti perniagaan seperti ini, mereka dapat menambah pendapatan untuk menyara keluarga. Sikap bersederhana dalam kehidupan merupakan suatu contoh baik yang diamalkan oleh penduduk di kampung ini. Mereka tidak terlalu mengejar kemewahan dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperoleh melalui apa juga pekerjaan yang dilakukan.
|