Kemaskini Terakhir:-
24/7/2008
 
 
 

Spang Loi, sebuah perkampungan kecil yang kaya dengan tanaman jangka panjang seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Tanaman inilah yang menjadi punca rezeki penduduk di sini. Deretan ladang kelapa sawit dan getah yang ditanam di pinggir kampung begitu mententeramkan jiwa. Kemudian, anda bakal melihat sebuah ladang ternakan di suatu sudut kampung. Ternakan kambing dan lembu ini memberi pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Juga kelihatan sebuah bengkel motosikal yang dibina di kampung ini. Dengan adanya bengkel ini, penduduk kampung tidak perlu berhempas pulas menyorong motosikal ke pekan berhampiran kerana terdapat kemudahan kedai pembaik pulih ada di sini. Walaupun agak jauh di pedalaman, namun itu tidak menjadikan alasan kepada penduduk kampung untuk tidak berusaha meningkatkan taraf hidup masing-masing.


Pertanian dan Perladangan Keusahawanan
Projek Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer dijalankan oleh Haji Shahruddin Haji Hussain di bawah Program Ekonomi Tambahan anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Bengkel membaiki dan menjual alat ganti motor yang terdapat di kampung ini diusahakan oleh Yuzaini Yahya, 34 tahun. Beliau telah mengusahakan bengkel ini sejak lebih empat tahun yang lalu.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK