Kemahiran Yang Dipraktikkan
azimnya, golongan belia di kampung ini gemar mengisi waktu senggang mereka dengan bermain bola sepak, futsal dan badminton di kampung. Mengisi waktu lapang dengan perkara yang berfaedah menjadi antara aktiviti utama golongan belia di sini. Hampir semua anak muda di kampung ini melakukan sesuatu yang bermanfaat seperti beriadah supaya tidak terjebak dalam aktiviti seperti “merempit” dan sebagainya.
Selain itu, mereka juga gemar menolong apabila terdapat sebarang majlis perkahwinan atau kenduri-kendera di dalam kampung. Pasukan kompang kampung yang ditubuhkan di sini juga dianggotai oleh golongan belia. Mereka mengenakan bayaran yang bersesuaian untuk majlis-majlis. Mereka akan berkumpul di balai raya untuk berlatih dan memantapkan lagi persembahan seminggu sebelum majlis.
 |
|
| Kemahiran yang membawa kepada sumber rezeki |
|
|
Ada juga di antara belia di sini yang memilih untuk membuka bengkel membaiki motor dan menjual peralatan motosikal. Pengalaman dan kepakaran yang dimiliki tidak disia-siakan dan digunakan sebaiknya untuk memberi perkhidmatan membaiki motor kepada warga kampung. Selain membantu menjana ekonomi, ia juga memudahkan penduduk daripada mengusung motor sehingga ke pekan untuk dibaiki.
|