Proses membuat mee kuning

Monopoli Wanita

W

anita Kampung Simpang Pelangai sering menyertai program dan aktiviti anjuran Persatuan Wanita. Di samping itu, mereka juga berminat mengikuti kelas masakan, kelas jahitan dan aktiviti membuat bunga dari daun getah untuk mengisi masa lapang. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara wanita kampung, serta menguji daya kreativiti.

Dari sudut keagamaan pula, segelintir wanita memilih untuk mengikuti kelas agama, berzanji, marhaban dan majlis bacaan Yasin. Kebiasaannya, aktiviti ini diadakan pada waktu petang di masjid atau surau yang berdekatan. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti ini seorang ustaz bertauliah dilantik untuk mengajar agama kepada mereka. Pada musim perayaan pula, mereka akan sama-sama berkunjung ke semua rumah, beramah mesra sesama mereka.

 
Bahan-bahan membuat mi kuning direbus terlebih dahulu sebelum proses selanjutnya
 

Terdapat juga wanita kampung ini memilih untuk bergiat aktif dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Antaranya, mengusahakan industri pembuatan sos cili, kerepek dan biskut serta mi kuning. Mereka juga menerima bantuan dan khidmat nasihat daripada Pihak Berkuasa Pengusaha-Pengusaha Kecil (RISDA). Bantuan dan khidmat nasihat ini telah menyuntik semangat mereka untuk mengejar cita-cita menjadi usahawan kampung yang berjaya. Walaupun begitu, kebanyakan perusahaan di sini mendapat bantuan kewangan dan sokongan daripada ahli keluarga.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK