Pengunjung asyik membaca

Mengurangkan Jurang Digital

P

rojek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) merupakan satu projek bertujuan mengurangkan jurang digital masyarakat bandar dan luar Bandar. Lantaran itu, projek ini membekalkan kemudahan komputer, mesin pencetak dan mesin pengimbas berserta talian Internet di setiap kampung. Keprihatinan ini sebagai usaha memastikan keseimbangan pemberian maklumat dan teknologi yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung.

"...pengunjung juga boleh menyertai program “Buku Kegemaran Saya” iaitu satu program membolehkan pengunjung bercerita tentang buku yang menjadi pilihan mereka."  
   
 
 
Pelbagai buku ilmiah yang disediakan untuk pengguna perpustakaan

Bagi tujuan tersebut sebuah Perpustakaan Desa dibuka di kampung ini untuk menempatkan segala kemudahan projek USP ini. Selain daripada menawarkan perkhidmatan meminjam dan memulangkan buku, perpustakaan ini turut menyediakan kemudahan komputer dan mengakses perkhidmatan Internet. Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai buku menarik seperti fiksyen, bukan fiksyen, novel, bahan bacaan untuk kanak-kanak, buku rujukan dan bahan ilmiah serta bahan bacaan ringan seperti majalah.

Perpustakaan ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menarik minat pengunjung bertandang ke sini. Antaranya ialah program Sambutan Hari Merdeka, pertandingan melukis dan mewarna serta pertandingan bercerita. Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai program “Buku Kegemaran Saya” iaitu satu program membolehkan pengunjung bercerita tentang buku yang menjadi pilihan mereka. Terdapat juga Pertandingan menulis dalam tulisan jawi dianjurkan untuk mengekalkan adat dan budaya masyarakat Melayu. Setiap pemenang bagi semua acara yang dipertandingkan akan menerima hadiah menarik yang disediakan oleh perpustakaan desa ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK