Kayu-kayan dan pokok-pokok  yang ditanam di sekitar kampung

Rentetan Sejarah Kampung

K

ira-kira 10 dekad yang lalu, Daerah Jerantut dan Temerloh dihuni oleh masyarakat yang berasal dari Bangkinang, sebuah tempat di Sumatera, Indonesia. Kehadiran mereka ke daerah ini menjadi titik tolak kepada pembukaan Kampung Simpang Pelangai. Satu peristiwa bersejarah berlaku berhampiran sebuah kawasan tanah perkuburan yang masih wujud hingga kini. Pada ketika itu, terdapat sebuah surau kecil yang dikendalikan oleh Pakeh Taayun yang merupakan seorang guru agama. Surau ini menjadi pusat tumpuan penduduk kampung untuk beribadat dan mendalami ilmu agama.

"Sejarah nama Kampung Simpang Pelangai pula tercipta berasaskan kedudukan kampung yang terletak di kawasan simpang dan berdekatan dengan Sungai Pelangai."  
   

Pada tahun 1940, telah berlaku peristiwa bersejarah di Tanah Melayu iaitu peristiwa penjajahan Jepun yang memberi penderitaan kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu. Walau bagaimanapun, penderitaan penduduk masih belum berakhir meskipun selepas Jepun menyerah kalah. Kemunculan komunis setelah Jepun menyerah kalah telah menyebabkan pihak pentadbiran di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung dilaksanakan. Rentetan daripada perisytiharan darurat itu, semua penduduk Kampung Tengah telah dipindahkan ke Simpang Pelangai pada tahun 1952.

Sejarah nama Kampung Simpang Pelangai pula tercipta berasaskan kedudukan kampung yang terletak di kawasan simpang dan berdekatan dengan Sungai Pelangai. Oleh yang demikian, orang kampung pada waktu itu telah sepakat menamakan Kampung Simpang Pelangai. Manakala, sejarah bangunan Mukim Penghulu dan pejabat Jabatan Perhutanan mula dibina sekitar tahun 1930-an, manakala sekolah Melayu pula dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung selepas lima tahun berikutnya. Sekolah tersebut masih kekal sehingga kini dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Simpang Pelangai.

Setelah lebih 90 tahun kampung ini dibuka berlaku pelbagai perubahan yang sangat ketara. Sekiranya dahulu penduduk setempat menggunakan jalan penarik untuk menarik kayu balak ke dalam kampung dan sampan sebagai alat berhubung tetapi kini perhubungan semakin meluas dengan adanya jalan raya berturap dan sistem pengangkutan yang sistematik.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK