Para belia berkumpul

Rumpun Melayu Bersatu

P
 
 
Salah sebuah  rumah di Kampung Simpang Pelangai yang mempunyai reka bentuk moden

enduduk Kampung Simpang Pelangai dianggarkan kira-kira 1,000 orang dengan majoritinya kaum Melayu yang beragama Islam. Penduduk di sini masih mengekalkan ciri dan nilai hidup Melayu yang menjadi tunjang utama. Sikap ramah mesra, saling menghormati dan saling bermuafakat dititikberatkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan secara gotong - royong. Antaranya kenduri-kendera, marhaban dan sebagainya.

Sementara itu, susun atur rumah penduduk di sini secara bertaburan dengan membina rumah atas tanah sendiri. Lantaran itu, kedudukan sebuah rumah ke rumah lain agak jauh mengikut luas tanah mereka. Kebanyakan reka bentuk rumah di sini dibina mengikut cita rasa tuan rumah. Walau bagaimanapun, masih terdapat reka bentuk rumah kampung yang masih dikekalkan.

Selain itu, keluasan kawasan kampung dianggarkan kira-kira 619 hektar digunakan untuk aktiviti pertanian, tanah kerajaan, wakaf, nursery getah iaitu pusat jagaan pokok getah dan selebihnya milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Lantaran itu, banyak aktiviti dilakukan di atas tanah Kampung Simpang Pelangai membuahkan hasil yang lumayan kepada penduduk.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK