Buah sawit yang sudah masak

Agensi Membantu Petani

B

iasanya, penduduk Kampung Simpang Pelangai aktif menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan. Banyak jenis tanaman yang ditanam di sini, antaranya getah, kelapa sawit dan tanaman kontan seperti sayur-sayuran, kekacang, pisang dan buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan sebagainya. Setiap hasil yang diperoleh dipasarkan sekitar kawasan setempat seperti di pasar malam atau pasar tani. Hasil tanaman seperti kelapa sawit dan getah, dikumpulkan di pusat pengumpulan dan akan dijual terus kepada pemborong.

 
Tanaman sawit menjana ekonomi penduduk setempat
 

Pada suatu ketika dahulu, kampung ini dikelilingi tanaman getah namun usia pokok getah yang sudah melebihi 10 tahun telah memaksa petani di sini menggantikannya dengan tanaman sawit. Selain dapat memberi keuntungan berlipat kali ganda, ia juga mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran semasa. Ada di antara petani di kampung ini yang boleh mendapat pendapatan kasar sehingga RM3,000 hingga RM5,000 sebulan bergantung kepada hasil tani dan kualiti pengeluarannya.

Dalam memajukan sektor pertanian di Kampung Simpang Pelangai terdapat pelbagai agensi kerajaan yang telah memainkan peranan dengan baik di antaranya ialah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA) yang bertanggungjawab memajukan kawasan terbiar dan memberi khidmat nasihat kepada petani di kampung ini. Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga membantu memasarkan hasil-hasil pertanian dan sebagai orang tengah di antara petani dan pemborong hasil tani.

Selain itu, LPP juga memberi khidmat nasihat mengenai kaedah terbaik untuk menjalankan aktiviti pertanian yang lebih berkesan dan memberi hasil yang menguntungkan. Malah, terdapat sebuah pusat pertanian yang menyalurkan bantuan pertanian dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang turut memberi pendedahan kepada petani tentang ilmu asas pertanian dan cara-cara untuk mengembangkan hasil tani yang diusahakan.

Pendek kata, pelbagai agensi yang terdapat di kawasan berhampiran bertujuan memastikan pertanian menjadi sumber pendapatan kepada penduduk. Malah, melalui agensi yang ada, sedikit sebanyak bantuan yang diberi dapat mempertingkat hasil tanaman.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK