Cili kering untuk membuat sos

Pembuatan Sos Cili

A
  "Bantuan yang diperoleh  berupa peralatan  seperti  mesin pengisar dan mesin memasak cili."
   

ktiviti keusahawanan adalah salah satu sumber pendapatan yang terdapat di Kampung Simpang Pelangai. Kebiasaannya, penduduk di kampung melakukannya secara berkumpulan atau persendirian seperti pembuatan sos cili. Bagi Rohani Mat Amin, beliau telah mula memproses sos cili sejak tahun 2002 apabila mendapat tempahan dari rakan-rakan. Pada awal perniagaan, beliau mendapat bantuan dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Bantuan yang diperoleh berupa peralatan seperti  mesin pengisar dan mesin memasak cili.

 
Mesin merebus cili
 

 
 
Produk Sos Cili Me keluaran Rohani Mat Amin

Menurut beliau lagi, purata pengeluaran produk sos cili keluarannya mencapai 1,000 botol sebulan. Setiap botol besar mengandungi berat bersih 2.8 kilogram yang dijual dengan harga RM5.00. Malah, pada satu masa beliau pernah menghasilkan 200 botol sos cili daripada 600 kilogram cili kering. Proses pembuatan sos cili bermula dengan memasak cili dalam mesin memasak. Setelah selesai dimasak, cili akan dimasukkan ke dalam bekas untuk dituskan airnya sebelum dikisar.

Selain daripada perusahaan cili sos terdapat juga perusahaan mi kuning yang diusahakan oleh seorang lagi usahawan wanita yang berjaya. Laila Ariffin, 52 dan rakannya, Mariah telah memulakan perniagaan pemprosesan mi kuning secara kecil-kecilan sejak 1991 Pada awalnya, beliau memasarkan di sekitar kampung mengikut permintaan pelanggan.

Secara purata beliau boleh menghasilkan di antara 18 hingga 36 kilogram mi sebulan. Manakala pendapatan beliau dianggarkan sebanyak RM1,500 sebulan. Harga pasaran mi kuning adalah RM2.00 sekilo jika dibeli terus dari pembuatnya atau   RM2.40 jika dijual di kedai runcit. Baru-baru ini, atas permintaan yang tinggi beliau telah mendapat bantuan berupa mesin membuat mi daripada Pejabat Pertanian. Mesin ini berupaya memproses mi dan mengirai mi sebelum direbus. Proses bermula dengan menggaul tepung dengan soda. Tiada bahan pengawet digunakan dan mi boleh bertahan sehingga tiga tanpa dimasukkan dalam peti sejuk.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK