Klinik Kesihatan Simpang Pelangai

Kesihatan Diutamakan

K
 
 
Tempat rawatan untuk penduduk kampung

ualiti kesihatan menjadi keutamaan semua individu, begitu juga penduduk kawasan Kampung Simpang Pelangai. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pemeriksaan kesihatan, rawatan ibu mengandung dan kanak-kanak turut disediakan di Klinik Kesihatan Simpang Pelangai. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan pergigian dan X-ray. Semua perkhidmatan dikenakan bayaran yang berpatutan. Lantaran itu, penduduk di sini tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan rawatan kesihatan dari tempat lain atau di klinik swasta.

Walaupun begitu, bagi kes kecemasan yang memerlukan rawatan lanjut, penduduk haruslah merujuk ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kampung ini. Selain itu, terdapat juga Hospital Bentong yang boleh dikunjungi oleh penduduk untuk mendapatkan rawatan pakar dan susulan penyakit yang serius. Selain itu, kemudahan ambulan yang disediakan di hospital-hospital ini bertujuan menghantar dan mengambil pesakit sewaktu berlaku kecemasan.

 
 
Klinik kesihatan kampung ini juga mempunyai perkhidmatan ambulan untuk kes-kes kecemasan

Ceramah kesihatan turut diadakan di sini, untuk memastikan taraf kesihatan penduduk kampung sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Ceramah ini dianjurkan oleh pihak Klinik Kesihatan Simpang Pelangai bersama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Selain itu, kempen mencegah wabak denggi dan menghapus nyamuk Aedes juga sering kali dianjurkan untuk memberi kesedaran tentang bahayanya penyakit tersebut. Program kesihatan dan pemeriksaan secara percuma juga membantu orang kampung mengetahui status kesihatan mereka. Hal ini bersesuaian dengan amalan gaya hidup sihat yang menjadi teras warga kampung ini.

Terdapat juga perkhidmatan urutan kaki refleksologi disediakan di Kampung Manchis. Perkhidmatan ini merupakan sejenis perniagaan urutan refleksologi yang diusahakan oleh kaum Cina sejak beberapa tahun yang lalu. Perkhidmatan ini menerima banyak permintaan dan digemari oleh penduduk serta pengunjung luar.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK