Balai Polis Manchis

Rakan Cop Membantu Mengurangkan Jenayah

W

alaupun Kampung Simpang Pelangai tidak mempunyai Balai Polis, namun Balai Polis Manchis yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung, membantu memantau keselamatan kampung. Sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah ataupun sebarang kejadian yang tidak diingini, penduduk akan segera membuat laporan di balai polis tersebut. Sementara itu, sikap anggota polis yang bertugas sentiasa komited dan berusaha membuatkan penduduk berasa selesa dan selamat.

 
 
Balai Polis ini terletak di Kampung Manchis

Selain itu, terdapat segelintir penduduk kampung yang mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop yang berfungsi sebagai mata dan telinga pihak polis. Selain itu, mereka juga memberikan maklumat sekiranya mereka melihat sebarang kes yang mencurigakan

Terdapat juga segelintir penduduk kampung ini memilih untuk menyertai Askar Wataniah. Platun Askar ditempatkan di kampung ini oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk menjalankan rondaan mengikut jadual yang disediakan. Selain itu, tugas murni para sukarelawan ini juga meliputi hal-hal sosial kampung seperti gotong-royong membersihkan kampung dan menyelesaikan salah faham  yang berlaku antara penduduk  kampung. Lantaran itu, dapatlah disimpulkan tugas Askar Wataniah adalah demi kesejahteraan penduduk kampung ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK