Pelbagai Kemudahan Asas
elbagai kemudahan dibekalkan kepada penduduk kampung untuk mencapai kualiti hidup yang baik dan selesa. Antaranya, bekalan air bersih, elektrik dan komunikasi yang lengkap. Di samping itu, mereka juga boleh berhubung dengan masyarakat luar melalui sistem perhubungan dan jalan raya yang lengkap.
 |
|
| Pejabat Pos Simpang Pelangai menjadi pusat setempat kepada penduduk kampung |
|
|
Sistem jaringan jalan raya yang meliputi seluruh kawasan kampung bertujuan memudahkan segala urusan harian. Antaranya, jaringan jalan utama ialah jalan lama Karak - Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan jalan kampung yang bertar. Selain itu, kemudahan perkhidmatan pengangkutan seperti bas awam dan teksi yang kerap melalui jalan ini turut memberi kemudahan kepada penduduk untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Selain itu, terdapat sebuah jambatan disediakan untuk menghubungkan jalan raya dengan kawasan pedalaman.
Kemudahan talian komunikasi untuk rumah dan telefon bimbit yang meluas turut disediakan oleh Telekom Malaysia Berhad. Kemudahan lain yang boleh didapati di kampung ini ialah balai raya untuk perjumpaan bersama penduduk kampung dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama.
Balai Penghulu pula berfungsi sebagai tempat perbincangan penduduk kampung dengan pihak pentadbir kampung. Selain itu, dewan orang ramai pula merupakan antara bangunan yang dikenakan caj minima buat penduduk kampung untuk pelbagai tujuan termasuk permainan, menganjurkan kenduri dan sebagainya.
Di samping itu, terdapat kemudahan Pejabat Pos untuk membayar bil dan proses menghantar surat, mel atau bungkusan. Deretan kedai yang ada juga menawarkan khidmat barangan keperluan harian dan gerai makanan. Selain itu, terdapat juga klinik kesihatan, sekolah, masjid dan juga surau untuk kemudahan beribadah. |