Selamat Datang ke Kampung Shafie

Muafakat Membawa Berkat

K
  "Pelbagai aktiviti sukan bola sepak dan bola jaring anjuran DUN Pelangai juga mendorong generasi muda untuk terus aktif dalam aktiviti kegemaran mereka."
   

ampung Simpang Pelangai menjadi pusat pertemuan masyarakat setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. Kampung ini sering kali mendapat kunjungan penduduk kampung sekitar seperti Kampung Tengah, Kampung Manchis, Kampung Shafie, Kampung Hayat dan Kampung Jawi. Penduduk Kampung Simpang Pelangai tidak sukar untuk mendapatkan perkhidmatan daripada badan kerajaan seperti Pejabat Pertanian milik Pihak Berkuasa Pekebun-Pekebun Kecil (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Selain itu, sekolah rendah, sekolah menengah dan agama yang terletak di kampung juga merupakan pusat ilmu masyarakat luar. Deretan kedai runcit, bengkel kereta dan kedai makan yang terdapat di kawasan kampung juga sering mendapat kunjungan orang luar. Lantaran itu, hubungan erat antara penduduk dengan kampung berdekatan juga memang tidak dapat disangkal lagi. Biarpun berbeza latar belakang hidup dan kaum, namun mereka tetap menjalin hubungan yang baik dan saling bekerjasama dalam sebarang majlis rasmi, kenduri- kendera atau program yang dianjurkan.

 
Pekan Kampung Manchis menjadi tumpuan penduduk Kampung Simpang Pelangai
 

Selain itu, ketika waktu lapang warga kampung bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti bola sepak, takraw dan bola jaring. Sukan-sukan ini bukan sahaja dapat mengasah bakat malah menyihatkan tubuh badan. Pelbagai aktiviti sukan bola sepak dan bola jaring anjuran DUN Pelangai juga mendorong generasi muda untuk terus aktif dalam aktiviti kegemaran mereka. Kejohanan sukan antara kampung juga banyak membantu mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan menjadi atlet yang lebih berwibawa.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK