Kemudahan Dewan Mesyuarat turut disediakan

Pelbagai Program

S

etiap kampung pasti mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK berperanan dalam memastikan kestabilan dan keselamatan kampung sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Peranan JKKK merangkumi aspek pendidikan, latihan kemahiran, aktiviti kerohanian dan sivik serta kebersihan dan kesihatan penduduk.

 
 
Pejabat JKKK digunakan untuk pelbagai aktiviti dan juga mesyuarat

Selain itu, JKKK kampung ini sangat aktif melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan sesama penduduk. Antara program anjuran JKKK ialah aktiviti gotong-royong ketika sambutan Maal Hijrah. Aktiviti seperti ini diadakan untuk memberi semangat baru dan memberi kesedaran kepada setiap insan tentang kepentingan hari bersejarah tersebut. Aktiviti berbentuk kerohanian juga diadakan seperti majlis berkhatan beramai-ramai, Ceramah Perdana sempena Maulidur Rasul dan Ceramah Forum Perdana “Keindahan Islam Dalam Pembangunan Ummah”. Pendekatan program ini bukan sahaja untuk menarik minat golongan dewasa tetapi merangkumi seluruh lapisan umur penduduk di sini.

Selain itu, JKKK juga berperanan dalam memantau setiap projek pembangunan yang dirancang di kampung ini berjalan dengan lancar. Mereka akan menjadi wakil penduduk untuk memohon peruntukan daripada pihak atasan bagi projek menambah-baik prasarana dan mengindahkan kawasan kampung. Hasilnya, kemudahan jalan raya berturap hampir ke setiap kawasan kampung, pintu gerbang di kawasan sempadan Pahang dan Negeri Sembilan serta lampu jalan hampir sepanjang jalan.

JKKK, Kampung Simpang Pelangai mempunyai sistem organisasi yang tersusun. Hal ini bertujuan memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Setiap ahlinya komited dalam setiap tugas dan sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas. JKKK kampung ini diketuai oleh Mohd Yusof Haji Jalaluddin yang memainkan peranan sebagai Pengerusi yang juga Ketua Biro Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Beliau dibantu oleh Abdul Malik Rani selaku Setiausaha.



 
Penafian | Laman Web KTAK