Hasil-hasil getah akan ditimbang sebelum dijual dan diproses

Pertanian Jana Pendapatan

S

umber pendapatan utama penduduk Kampung Simpang Pelangai melalui sektor pertanian, perikanan, penternakan, pembinaan, bekerja sendiri, berniaga dan juga sektor perkhidmatan awam seperti guru dan pegawai tadbir. Setiap kemahiran dan pendidikan yang diperoleh digunakan untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan sama ada di dalam atau luar kampung. Kawasan tanah kampung yang luas membuatkan mereka selesa untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti getah, kelapa sawit dan sayur-sayuran serta buah-buahan bermusim.

 
Getah beku sedang ditimbang oleh pemborong untuk menentukan harga
 

Selain itu, ada juga di antara suri rumah yang memilih untuk mengambil upah menjahit baju dan membuat kuih dan biskut ketika musim perayaan. Pendapatan mereka akan bertambah sekali ganda ketika musim tersebut dan ada kalanya mereka seperti tidak menang tangan melayan permintaan yang banyak.

 
Perusahaan mi kuning; Mi kuning dikirai sebelum dibungkus
 

Secara rambangnya, purata pendapatan yang diperoleh oleh penduduk Kampung Simpang Pelangai ialah RM300.00 hingga RM2,000 sebulan. Ia bergantung kepada pekerjaan yang dilakukan sama ada bercucuk tanam, bekerja sendiri dan sebagainya. Mereka yang berpendapatan tetap biasanya makan gaji di jabatan-jabatan kerajaan atau sektor swasta.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK