Kampung Simpang Pelangai merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di Daerah Bentong, Pahang. Paling istimewa, di sinilah tanah tumpah darah, kelahiran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Haji Adnan Bin Haji Yaakob yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Simpang Pelangai. Kemajuan pesat melalui peluang perniagaan yang wujud memberi peluang kepada penduduk setempat untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka seperti membuka perusahaan mi kuning, sos cili dan biskut. Secara amnya, sumber bantuan agensi kerajaan dan agensi swasta membantu memperkembangkan perusahaan mereka.


Pelancongan Sejarah

Nikmatilah keindahan alam semula jadi di Air Terjun Gapoi yang terletak di Kampung Gapoi, Bentong Pahang. Air terjun yang mendamaikan ini terletak berhampiran Kampung Simpang Pelangai dan mengambil masa kira-kira 20 minit pemanduan bermotor. Kawasan yang terpelihara dengan flora dan fauna pastinya menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang ingin beristi rehat sambil menikmati suasana alam semula jadi.

Sekitar tahun 1940-an penjajahan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan penderitaan yang besar kepada penduduk setempat. Penderitaan penduduk masih belum berakhir meskipun selepas Jepun menyerah kalah. Tindakan komunis yang mengambil alih pemerintahan sebaik sahaja selepas Jepun menyerah kalah telah menyebabkan pihak berkuasa pentadbiran di Tanah Melayu ketika itu mengisytiharkan darurat yang menguatkuasakan perintah berkurung.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK