Bengkel Kimpalan Doan

Belia Integrasi Sri Pelangai

P

ersatuan Belia Integrasi Sri Pelangi baru ditubuhkan pada tahun 2008 bertujuan untuk menjaga kebajikan belia dan memastikan belia sentiasa mengikuti aktiviti bermanfaat. Persatuan ini memupuk semangat setia kawan antara golongan belia dan merapatkan hubungan sesama insan. Mereka juga sering diundang untuk bergotong-royong dan memeriahkan majlis kahwin dan kenduri kendera.

 
Mengimpal pagar besi dan ekzos kenderaan dilakukan oleh dua orang belia yang berkemahiran
 

Segelintir belia kampung ini pula cenderung untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran seperti membaiki kenderaan, mengimpal besi, pertukangan, pembinaan dan membaik pulih rumah serta bangunan. Kursus ini berdasarkan minat mereka dalam sektor pembinaan, pertukangan dan sebagainya di samping dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, belia kampung ini gemar beriadah pada waktu petang dengan bermain bola sepak, takraw dan badminton. Mereka juga sering berkunjung ke kampung berdekatan untuk sama-sama beriadah. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi bertambah erat.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK