Pertubuhan Perkumpulan Perempuan
| |
“Pertubuhan yang ada bagi kaum wanita di Simpang Gelami ialah Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (3P/ Women Instituition(WI)” |
| |
|
i Kampung Simpang Gelami, bilangan wanita melebihi bilangan kaum lelaki. Kaum wanita di Kampung Simpang Gelami mempunyai persatuan yang memberi peluang kepada kaum mereka untuk bergiat aktif dalam masyarakat. Persatuan yang ditubuhkan di Kampung Simpang Gelami ialah Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (3P). Persatuan ini dirasmikan pada 9 Mei 2007 oleh Yang Berhormat Haji Jalaluddin Haji Alias, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang
 |
|
| Pusat pemprosesan makanan ringan |
|
|
Selain memikul tugas sebagai suri rumah sepenuh masa, pertubuhan ini dapat mengisi masa lapang golongan wanita ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kelas menyulam manik, kelas masakan dan kelas pemprosesan mee. Aktiviti ini dijalankan di Balai Raya Kampung Simpang Gelami dan Balai Raya Batu Serambai. Pihak masjid juga ada menganjurkan ceramah-ceramah yang bagi golongan wanita. Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh 3P dengan kerjasama pihak masjid mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selain itu, terdapat beberapa kelas yang dianjurkan pada sebelah petang di Masjid Kariah. Kelas agama diadakan setiap hari Selasa pada jam 5.00 petang. Kebanyakan yang hadir merupakan golongan wanita berusia 40 tahun ke atas. Kelas tafsir pula diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 9.00 pagi. Di samping itu, AJK Masjid Kariah dengan bantuan Pusat Pembangunan Keluarga Islam mengadakan beberapa aktiviti ceramah tentang pendedahan wanita terhadap bidang perniagaan. Antaranya, penceramah yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menekankan tentang penghasilan produk makanan yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.
|