Perkhidmatan Komputer Bantu Penduduk Celik IT
erpustakaan Desa merupakan salah satu daripada cara kerajaan untuk merapatkan jurang maklumat di antara penduduk di desa dan penduduk bandar. Perpustakaan Desa Simpang Gelami merupakan pembangunan desa. Perpustakaan desa. Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan Balai Raya Kampung Simpang Gelami. Sebanyak RM 30,000 diperuntukkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) untuk membina perpustakaan desa tersebut. Perbadanan perpustakaan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Jelebu, ADUN Kuala Klawang, dan Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK). Perpustakaan Desa Simpang Gelami yang beroperasi pada 19 April 2005 menjadi tumpuan penduduk terutamanya golongan muda. Keahliannya sehingga tahun 2008 ialah seramai 310 orang.
| |
 |
| |
| Perkhidmatan USP yang disediakan amat berguna pada masyarakat tempatan |
|
Dua orang kakitangan Perpustakaan Desa Simpang Gelami iaitu Masyitah Abdul Rani dan Fatimah Md Yusuff merupakan orang yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan keadaan perpustakaan itu sentiasa ceria.Yuran yang dikenakan Perpustakaan Desa Simpang Gelami adalah berpatutan. Bagi dewasa yuran keahlian hanya RM3, belia RM 2 dan RM1 dikenakan bagi kanak-kanak. Perpustakaan Desa Simpang Gelami mempunyai misi yang tersendiri iaitu memastikan peluang saksama kepada rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan perpustakaan dan memanfaatkan ilmu.
Perpustakaan Desa Simpang Gelami sering menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahlinya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Fun With English, Gali Kata Jawi, Membina Perkataan dan Seni serta Warisan Congkak. Selain bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar dan perpustakaan desa, ia juga bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan itu.
|