Ungkapan ‘Simpang Ke Gelami’ Diambil Sempena Nama Kampung

M
 
 
Simpang yang menerbitkan nama Kampung Simpang Gelami

enurut sumber penduduk desa, satu ketika dahulu penduduk kampung ini dan penduduk kawasan sekitar sering berulang-alik ke Kampung Gelami Lemi. Kampung Gelami terletak di pekan Titi. Sebelum tiba di Kampung Gelami Lemi, mereka akan melalui satu simpang yang berdekatan dengan Kampung Gelami Lemi. Apabila bertemu dengan penduduk kampung lain mereka akan bertanya sesama mereka ke mana mereka mahu pergi mereka akan menyebut “Simpang ke Gelami”. Maka, lama kelamaan timbullah nama Kampung Simpang Gelami.

“Terdapat juga tempat- bersejarah yang menjadikan Kampung Simpang Gelami terkenal di Negeri Sembilan iaitu Makam Moyang Salleh”  
   

Terdapat juga tempat-bersejarah yang menjadikan Kampung Simpang Gelami terkenal di Negeri Sembilan iaitu Makam Moyang Salleh. Moyang Salleh dipercayai merupakan Penghulu bagi Daerah Jelebu selepas To’ Gombak dan To’ Mentunggang. Ketika di bawah pentadbirannya, telah berlaku pembunuhan Siamat, anak kepada Orang Kaya Kechil Rembau. Pada tahun 1957, Sultan Johor telah mengarahkan Siamat dibunuh kerana Orang Kechil Rembau enggan mengahwinkan anaknya, Sri Banun dengan baginda. Ekoran peristiwa tersebut, Moyang Salleh bersama empat orang pengikutnya melakukan protes terhadap peristiwa tersebut lalu mereka menunjukkan kehebatan masing-masing bagi menarik perhatian Sultan.

 
 
Makam Moyang Salleh merupakan Undang Jelebu yang pertama

Pelbagai demostrasi dilakukan bagi menarik perhatian Sultan antaranya ialah menggoyangkan pokok kelapa yang tinggi dah kukuh, menggoncang istana dan mengeluarkan asap dan api dari mulut. Kagum dengan kehebatan mereka akhirnya Sultan mula memberi perhatian terhdap mereka. Moyang Salleh telah diberikan hak terhadap Jelebu dan membawa pangkat Dato’ Mandulika Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Kesan daripada peristiwa tersebut, Jelebu terpisah daripada Negeri Johor. Perisitwa ini disebut dalam sejarah sebagai “Pembebasan Daripada Kuasa Pegangan Kesultanan Johor.” Tempat persemadian tokoh hebat ini terletak di Tanah Perkuburan Kampung Bandar Tinggi, lebih kurang empat kilometer dari Pekan Kuala Klawang.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK