Pertanian Sumber Rezeki Penduduk

P

ertanian merupakan sektor utama di Kampung Simpang Gelami. Keadaan geografinya yang agak berbukit dan tanah pamahnya yang subur merupakan faktor menjadikan sektor pertanian menjadi sektor utama di Kampung Simpang Gelami. Getah merupakan tanaman utama di situ. Jalan-jalan kampung di Simpang Gelami dipenuhi dengan penanaman pokok getah. Tanaman lain yang turut diusahakan di Kampung Simpang Gelami ialah mangga, pisang, longan, jagung dan lain-lain lagi. Tanaman-tanaman ini dimajukan di kawasan tanah sawah yang terbiar.

 
 
Bekalan getah dikumpul sebelum diproses dikilang berdekatan

Jabatan Pertanian sering menganjurkan kursus untuk petani-petani bagi memberi bantuan dari segi khidmat nasihat kepada mereka. Selain daripada Jabatan Pertanian, Lembaga Pertanian dan Pemasaran (FAMA) juga turut menghulurkan bantuan dari segi strategi pemasaran. Kerajaan yang juga prihatin terhadap kegiatan pertanian telah memperuntukkan kira-kira RM 80,000 bagi membaiki jalan untuk ke dusun-dusun di situ. Bantuan yang diterima telah sedikit sebanyak mengurangkan masalah penduduk kampung yang ingin bergiat aktif dalam sektor pertanian ini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK