Meningkatkan Tahap Pendidikan
elentur buluh biar dari rebungnya’, peribahasa itu cukup menggambarkan apa jua pendidikan yang diterapkan perlu bermula daripada usia muda. Kampung Simpang Gelami mempunyai sebuah tadika iaitu Tabika KEMAS Simpang Gelami. Kira-kira 30 orang kanak-kanak mendapat pendidikan awal di sini. Tabika ini terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Simpang Gelami.
 |
|
| Suasana sesi pembelajaran di Tabika Kemas |
|
|
Selepas tamat pendidikan pra sekolah, kanak-kanak ini akan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampai dan Sekolah Rendah Kebangsaan Peradong. Selain itu, terdapat sebuah sekolah menengah di kawasan Kampung Simpang Gelami iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami. Ia terletak kurang daripada lima kilometer dari Perpustakaan Desa Simpang Gelami. Sekolah ini mempunyai kira-kira 350 orang pelajar yang juga menyediakan kemudahan asrama. Asrama tersebut menampung kira-kira 140 orang pelajar . Sekolah itu juga mempunyai laman web mereka sendiri iaitu yang dihasilkan oleh salah seorang tenaga pengajarnya.
Pelbagai aktiviti yang sering dijalankan oleh pihak sekolah dengan bantuan JKKK ialah aktiviti dari segi motivasi dan ceramah dan kaunseling. Antara aktiviti tersebut ialah pada hari sambutan Hari Kemerdekaan. Tuan Haji Shattar Haji Hashim iaitu Ketua Kampung Simpang Gelami merupakan penceramah yang dijemput untuk memberi ceramah tentang kemerdekaan untuk menaikkan lagi semangat patriotik dalam jiwa para pelajar.
Tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar di sini adalah membanggakan. Ramai daripada pelajar di situ melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia.
|